ym = players_orale.Terima kasih
Khamis, 12 Mac 2009
PENGENALAN
Assalamualaikum WBT Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelangg an, kawan-kawan,isteri saya dan seluruh ahli keluarga yang banyak memberikan sokongan sehingga dari dulu hingga saya ke tahap sekarang. Kamera adalah sebahagian daripada hidup saya. Oleh itu keinginan dan hasrat untuk merakamkan detik-detik indah dan merealisasikan kenangan indah setiap saat manis bagi pasangan pengantin menjadi keutamaan saya.Setiap kali saya merakamkan gambar-gambar perkahwinan, saya sentiasa berusaha untuk bukan sahaja untuk memberikan hasil yang terbaik kepada pelanggan, malah saya akan memastikan setiap 'shot' menjadi. Sesungguhnya tanggungjawab sebagai seorang fotografer perkahwinan bukan mudah.Kadang kala pasangan pengantin berasa agak segan untuk beraksi di hadapan lensa.Biasanya saya akan mendekati mereka terlebih dahulu dan menjadikan hubungan di antara kami bukan sekdar hubungan fotografer-pelanggan, tetapi seperti kawan-kawan.Saya juga akan bertindak sebagai perunding untuk "melembutkan" pergerakan mereka. Di situ pelanggan bukan sahaja dapat menilai bakat seni saya, tetapi personaliti dan gaya saya sebagai fotografer. Saya 'enjoy' dengan apa yang saya lakukan.Saya juga percaya yang saya bukan sahaja menyampaikan hasil kerja saya, tetapi kegembiraan dan kepuasan kepada pelanggan. Dengan itu, selain mencari pendapatan saya juga dapat membina hubungan persahabatan dengan semua pelanggan saya. Saya juga amat menghargai sokongan anda lebih-lebih lagi kepada bakal pengantin. Saya bersedia membantu sekiranya anda berminat dengan perkhidmatan fotografi saya. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya di talian 012-295 4322 / emel ucop8050@yahoo.com.my /
ym = players_orale.Terima kasih
ym = players_orale.Terima kasih
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 comments:
Catat Ulasan